Friday, November 20, 2015

Vitamin C untuk Kesihatan

Assalamualaikum.

Vitamin C untuk kesihatan. Perasan tak sejak-sejak ni vitamin C sangat famous. Macam-macam brand ada, tinggal pilih je yang mana berkesan dan bagus untuk kita. Paling famous mestilah Vitamin C untuk kulit Cantik, Halus, Mulus dan Cerah. Nak tahu betul ke tak, boleh tengok kat Sini ya.

Jangan tak tahu ya, Vitamin C ni sangat penting untuk kesihatan kita. Kenapa saya kata begitu?
Sebab Vitamin C adalah jenis vitamin yang larut dalam air dan tidak boleh dihasilkan oleh badan. Jadi, vitamin C amat diperlukan oleh badan kita kerana ia tidak boleh dibina secara semulajadi. Pilihan yang kita ada sama ada ambil vitamin C daripada buah-buahan dan sayur-sayuran ataupun yang lebih mudah ambil suplemen vitamin C yang berada di pasaran.

Setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza, bergantung pada usia dan kehidupan harian seseorang. Tahu tak? Tabiat merokok, pengambilan alkohol, pengambila ubat tertentu, ataupun kerap minum kopi boleh menyebabkan kehilangan Vitamin C sebanyak 25% dari dalam darah terutama kepada mereka yang merokok.

Jom tengok kenapa perlu ambil Vitamin C setiap hari, apa manfaat yang kita dapat??

Kebaikan & Manfaat Vitamin Cuntuk kesihatan kita:

1. Imunisasi
Vitamin C berperanan untuk menjaga tubuh daripada serangan penyakit dengan cara meningkatkan sistem imun atau daya tahan tubuh terhadap virus. Vitamin C juga boleh mengurangkan gejala demam dan selesema yang mana ia secara semula jadi bertindak sebagai anti - histamin yang diperlukan oleh pesakit agar cepat sembuh.

2. Antioksidan
Menjaga tubuh daripada radikal bebas.Vitamin C bertindak sebagai bahan antioksidan didalam tubuh yang berfungsi untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas yang terhasil secara semulajadi didalam tubuh kerana proses-proses biokimia didalam badan dan juga disebabkan oleh faktor luaran seperti pencemaran ( air, udara , makanan), stress, toxin, pancaran sinar ultra ungu dan sebagainya. Semua ini adalah penyebab kepada penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke, barah dan sebagainya.
 
3. Anti Kanser
Vitamin C mempunyai tinggi antioksida berfungsi untuk meneutralkan radikal bebas & mencegah kerosakan sel-sel tubuh yang boleh menyebabkan kanser seterusnya melindungi sel dari kerosakan DNA dan melindungi tubuh dari serangan kanser dalam jangka masa panjang.

 4. Mencegah Penyakit Jantung, darah tinggi, stroke, buah pinggang
Sifat Vitamin C sebagai antioksidan dapat meneutralkan radikal bebas yang boleh mencetuskan penyakit jantung. Fungsi lain, vitamin C mencegah berlakunya kerosakan pada dinding dinding arteri yang bertindak sebagai pencetus pembentukan plak, menjaga keutuhan sistem saluran darah dan mencegah pegerasan saluran darah. Ianya penting bagi membantu mencegah penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung koronari, stroke (angin ahmar), kerosakan buah pinggang dan sebagainya.

5. Mencegah dan Merawat Diabetes
Pada pesakit kencing manis, sangat baik untuk meningkatkan penggunaan makanan yang sarat vitamin C. Vitamin C membantu mengatur kadar gula dalam darah sehingga risiko diabetes ataupun yang sudah ada dapat dikurangkan, paling tidak meminimumkan komplikasi.

6. Mencegah Asma
Kekurangan pengambilan vitamin C boleh menyebabkan asma. Penyakit yang tidak boleh dianggap remeh ini harus ditangani dengan optimum, salah satunya dengan menukar histamin dengan vitamin C.

7. Berguna untuk Pesakit Hipertensi
Hipertensi merupakan keadaan di mana tubuh mengalami kenaikan tekanan darah. Apa yang boleh dilakukan sama ada mengambil makanan yang boleh mengurangkan tekanan darah atau tidak melakukan sesuatu yang boleh meningkatkan tekanan darah. Salah satu usaha daripada makanan yang dapat menurunkan tekanan darah adalah yang kaya vitamin C.

8. Menurunkan berat badan
Menurut pakar kesihatan di bidang pemakanan, buah dan sayur dengan kandungan tinggi vitamin C dapat membantu menurunkan berat badan

9. Mencegah Katarak
Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan daya penglihatan mata berkurangan serta menjejaskan kesihatannya. Jika keadaan tersebut dibiarkan lama boleh mengakibatkan mata kabur dan katarak, terutama untuk orang dewasa .


Pilihan Vitamin C saya pastinya Vitamin C Shaklee. 


Sebotol vitamin C dewasa boleh tahan untuk kegunaan sehingga 6 bulan, manakala sebotol vitamin C Chewable untuk anak-anak saya boleh tahan untuk kegunaan 3 bulan. Jimat untuk mama dan anak!
Di bawah merupakan antara testimoni pengguna Vitamin C Shaklee:



Jangan risau, vitamin C Shaklee dihasilkan daripada ekstrak jagung. Selamat juga diambil oleh individu yang mengalami masalah gastrik tau.

selamat diambil oleh individu gastrik.
Penuhi keperluan Vitamin C untuk kesihatan anda setiap hari ya. Jika nak amal Vitamin C seperti saya,
boleh terus hubungi saya dan dapatkan vitamin C anda dengan harga PROMOSI BULAN NOVEMBER  ini.


Konsultasi PERCUMA Seumur Hidup!
Hubungi saya:

Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Pengedar Shaklee Penang
COD Shaklee Penang Island
Emel: sharifahzawiyah@yahoo.com
Call / Sms / WhatApp: 0 1 3 – 4 3 3 3 6 5 2

0 comments:

Post a Comment