Detik terindah bagi seorang ibu bila mana berada dalam proses kehamilan betul tak? Dalam tempoh kehamilan terutamanya di pertengahan ke hujung kehamilan biasanya bakal ibu ni sibuk untuk menyediakan kelengkapan bayi yang bakal dilahirkan, persiapan untuk menghadapi proses bersalin, berpantang dan lain -lain lagi.
Namun, perlu ingat ye..ibu yang ingin menyusukan bayi mereka sehingga 2 tahun perlu juga bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memastikan perjalanan penyusuan bayi sepanjang 2 tahun berjaya In shaa Allah. Pengalaman saya sendiri, niat dan set minda seawal mengetahui kehamilan untuk menyusukan bayi sehingga mencapai umur 2 tahun. Ini penting untuk ibu melakukan persediaan penyusuan sebelum bersalin lagi.
Tips Persediaan Penyusuan sebelum Bersalin
1. Cari gali ilmu penyusuan
Dunia kini di hujung jari. Saya kira Ilmu penyusuan masa kini agak mudah diperolehi. Ibu yang ingin menyusui bayi secara ekslusif boleh merujuk melalui pembacaan buku, majalah, laman web, dan sebagainya.Banyak info tentang penyusuan, cara pam dan simpan susu perahan bagi ibu yang bekerja, jenis pam yang sesuai, cara menyusu yang betul, dan lain-lain lagi.
Ada kesempatan dan lebihan masa, ibu juga boleh sertai kelas-kelas asas penyusuan yang dianjurkan oleh pakar laktasi. Dalam kelas sebegini, ibu boleh dengar secara terus maklumat yang penting daripada pakar, mungkin akan lebih memudahkan ibu untuk memahami dengan lebih mendalam tentang penyusuan dan susu ibu.
2. Kelengkapan penyusuan
Beli kelengkapan penyusuan khasnya bagi ibu yang bekerja seperti pam susu, botol / plastik untuk menyimpan susu perahan, cooler bag dan lain-lain untuk menyokong niat ibu untuk menyusukan bayi secara ekslusif selama 2 tahun.
Pemilihan pam susu manual atau elektrik bergantung pada keselesaan ibu. Yang penting ibu perlu tahu cara menyimpan stok susu EBM (Expressed Breast Milk) agar susu EBM tidak cepat rosak.
3. Penjagaan Payudara
Penjagaan payudara sangat penting. Pastikan puting payudara tidak masuk ke dalam / tenggelam. Puting payudara yang tenggelam akan menyebabkan bayi sukar untuk menyusu. Bagi ibu yang menghadapi masalah puting tenggelam, Ibu boleh ikhtiar dengan menarik puting sedikit payudara keluar semasa hamil bagi memudahkan penyusuan nanti.
Selalulah bersihkan puting payudara kerana semasa hamil, kawasan tersebut akan mengalami keadaan sedikit berkerak / berdaki disebabkan oleh peluh. Lakukan langkah mudah dengan membersih puting dan memicit sedikit untuk membuka mata puting bagi memudahkan penyusuan dan mengelakkan masalah puting tersumbat.
Biasanya, kolustrum akan mula kelihatan apabila memasuki 7 bulan kehamilan. Kolustrum ialah susu awal bayi yang berwarna kekuningan yg merupakan terbaik untuk bayi.
4. Pemilihan Baju Dalam yang sesuai
Baju dalam yang longgar lebih sesuai semasa hamil bagi membantu pengaliran udara yang baik. Pemilihan baju dalam yang kurang sesuai dan ketat menyebabkan udara tidak dapat mengalir dan memasuki kawasan payudara. Ini menyebabkan kotoran pada puting mudah terhasil akibat daripada payudara yang berpeluh.
5. Pemakanan semasa hamil
Makanan yang sihat dan berkualiti semasa hamil penting untuk menggalakkan pengeluaran susu ibu. Sumber makanan seperti protein, kalsium, vitamin b, asid folik, omega 3 dan vitamin D perlu semasa hamil untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.
Jika agak sukar untuk memperoleh semua sumber vitamin daripada pemakanan seharian, ibu boleh cuba ambil suplemen yang banyak terdapat dalam pasaran. Jangan risau, walaupun usia kandungan ibu sudah mencecah 7 bulan ke atas pum masih belum terlambat untuk mencuba suplemen semasa hamil.
Apa yang boleh saya syorkan ialah Set Kehamilan Shaklee yang merupakan suplemen semulajadi yang selamat untuk ibu dan bayi, lengkap dengan semua vitamin yang diperlukan semasa hamil. Kesemua vitamin ini membantu untuk meningkatkan pengeluaran susu dan memekatkan susu. Bonus tambahan, ibu akan rasa lebuh cergas bertenaga sekaligus membantu kulit ibu lebih anjal dan beesih.
Perjalanan penyusuan selama 2 tahun in shaa allah mudah jika kita telan bersiap sedia seawal mungkin dari segi mental dan fizikal. Selain daripada pentingnya persediaan ibu itu sendiri, dapatkan support daripada suami dan ahli keluarga terdekat untuk menyokong niat murni ibu untuk menyusukan anak lengkap 2 tahun. Semoga ibu-ibu kekal positif dan berjaya memberikan hanya yang terbaik untuk bayi ibu. Supplemen Penyusuan terbaik bagi saya Set Penyusuan Shaklee!!
Konsultasi PERCUMA Seumur Hidup!
Hubungi saya:
Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Pengedar Shaklee Penang
COD Shaklee Penang Island
FB : Sharifah Zawiyah
FanPage :MamaZiqry Vita Shoppe
Emel: sharifahzawiyah@yahoo.com
Call / Sms / WhatApp: 0 1 3 – 4 3
3 3 6 5 2
0 comments:
Post a Comment