Selalu orang kata, sebelum melakukan apa-apa sekalipun mesti ada persediaan. Betul tak?
Cuba kita buat main redah je...selalunya hasilnya pun mesti jadi tak seberapa atau paling teruk sekali tak jadi langsung. Oh come on..kita ambik iktibar daripada pengalaman dulu. So kali ni kita buat persediaan dulu ok.
Siapa nak mulakan Misi Kurus Sihat, Jom buat 6 persediaan ni..!!
1. Beli Penimbang Digital
Dah nama Misi Kurus Sihat, mestilah kita nak tahu perubahan berat badan kan. Pastinya yang diidam-idamkan ialah penurunan berat dan mendapat berat badan yang ideal. Jadi, wajiblah untuk kita tahu berat badan terkini sebelum memulakan Misi Kurus Sihat.
Excited Misi Kurus saya, saya beli penimbang Digital yang boleh paparkan bukan sahaja berat badan malah peratus lemak dalam badan, kandungan air, tulang, otot dan jumlah kalori sekali..sangat excited okeh!! ;)
2. Tali Pengukur
Dah ada penimbang, wajib jugak ada tali pengukur ni. Sebabnya..dalam Misi Kurus, anda tak boleh nak bergantung pada angka pada penimbang sahaja. Kerana kadangkala berat badan anda mungkin tidak turun atau berada dalam fasa statik, tetapi ukuran lilit badan anda akan berkurangan. So take note k..ambil setiap ukuran mengikut rajah dibawah Sebelum mula Misi Kurus Sihat anda!
3. Papan Visi Misi Kurus
Ini agak penting untuk mengekalkan momentum Misi Kurus anda tu. Tulis target berat yang anda mahu capai dalam jangka masa berapa lama. Contohnya..hilang 4kg berat dalam masa sebulan!! Mampu tak? ;)
4. Sediakan baju idaman
Baju idaman...mungkin anda boleh beli baju yang baru. Jika sekarang anda pakai saiz XL..beli baju yang saiznya lebih kecil mungkin L atau M sebagai pendorong kejayaan Misi Kurus anda.
Jika tidak..keluarkan je baju-baju lama yang dulunya anda boleh pakai dengan bergaya sekali. Pakai baju idaman dan target dalam masa sekian-sekian (contohnya 2 bulan) Misi Kurus anda mampu pakai baju tersebut macam dulu-dulu juga.
Pengalaman saya sendiri, sangatlah seronok bawa keluar baju- baju lama dan pakai dengan selesa sekali ;)
5. Kuatkan Mental
Nampak mudah..tapi mental anda perlu betul-betul kuat dan bersedia sebelum memulakan Misi Kurus Sihat ni. Maklumlah...setiap apa pun yang kita lakukan, akan ada suara-suara sumbang dan negatif yang akan memperkecilkan usaha dan niat anda. Jadi..belajar jadi kuat untuk menepis segala rintangan daripada kiri dan kanan anda.
Antara cara mudah yang saya boleh kongsikan, set target dan reward jika anda berjaya lakukan. Barulah anda hepi dan enjoy dengan Misi Kurus anda.
6. Kawan atau Group Support
Kalau nak berjaya kena kawan dengan orang yang berjaya...jadi kalau anda nak mula Misi Kurus, cari kawan atau group support yang mempunyai misi kurus jugak. Bagi saya sendiri, sokongan kawan-kawan atau insan terdekat juga penting selain persediaan mental dan fizikal anda sendiri. Sebab ini juga menentukan Misi Kurus anda berjaya atau terkubur di tengah jalan.huhu..
Selesai saya kongsi 6 perkara perlu anda buat sebelum mulakan Misi Kurus. Siap sedia semua ni dulu..in shaa allah langkah pertama anda untuk Misi Kurus Sihat dah bermula. Next entry? Tunggu... ;)
Misi Kurus Sihat saya bersama-sama Set Kurus shaklee.. Untuk info boleh terus cari saya ya.
Konsultasi PERCUMA Seumur Hidup!
Hubungi saya:
Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Pengedar Shaklee Penang
COD Shaklee Penang Island
FB : Sharifah Zawiyah
FanPage :MamaZiqry Vita Shoppe
Emel: sharifahzawiyah@yahoo.com
Call / Sms / WhatApp: 0 1 3 – 4 3
3 3 6 5 2
0 comments:
Post a Comment