Masalah berat badan berlebihan..haii lahh..risau betul dengan angka yang tertera kat penimbang tu kan. Dah nak masuk bulan puasa ni, raya in shaa Allah tak lama lagi. Dan selama beberapa tahun ni, beberapa kali jugak melancarkan Misi Kurus sebelum raya..tapi malangnya misi tak berjaya langsung. Maklumlah..bulan puasa lagi banyak kehendak mulut yang hendak dipenuhi ye tak..huhu.
Jadi..terimalah hakikat bahawa untuk turunkan berat badan dengan cara sihat bukannya mudah. Perlu anda tahu, 80% jaga pemakanan dan 20% senaman adalah perkara yang perlu anda buat untuk turun berat badan secara sihat dan semulajadi. Macam saya, 10% saya selitkan pengambilan supplemen dalam Misi Turun berat badan saya untuk meningkatkan metabolisme dan tenaga saya sekaligus memastikan badan cukup nutrisi semasa proses penurunan berat badan ;)
Ok lah..kali ni saya share sedikit tips turun berat badan - Eat Clean. Rata-rata ramai yang mengetahui tips ni, cuma tidak dipraktikkan sahaja.
Apa itu Eat Clean?
Eat Clean - perubahan gaya hidup dalam pemilihan makanan yang lebih tepat dan pastinya sihat untuk dimakan. Dengan kaedah Eat Clean ini anda akan dapat mengurangkan berat badan sekaligus merasa badan lebih sihat dan segar.
Eat Clean - Macam mana caranya?
1. Pilih makanan yang segar - Elakkan makanan yang diproses, seperti makanan dalam kotak dan tin. Sebagai contoh, pilih ayam atau daging yang segar berbanding sosej atau nugget.
2. Banyakkan pengambilan buah dan sayuran
Pilih dan makan buah dan sayuran segar. Elak-elak buah dan sayuran yang sudah diproses. Contohnya dalam minuman dalam bentuk jus buah mengandungi kandungan serat lebih rendah dan tambahan gula atau garam berlebihan adalah kurang baik dalam membantu proses turun berat badan dan diet seharian anda.
3. Pilih bijirin makanan penuh - bijirin makanan penuh (whole) mengandungi serat yang tinggi dan membuatkan kita berasa lebih cepat kenyang. Contoh bijirin yang diproses seperti roti putih, pasta dan nasi. Anda boleh menukar dan memilih bijirin penuh seperti beras perang, roti gandum ( wholemeal). Bagusnya, diet sebegini dapat menurunkan risiko penyakit jantung, diabetes, dan kanser usus.
4. Kurangkan pengambilan gula dan garam - pengambilan gula dan garam berlebihan menyukarkan proses penurunan berat badan, juga menyebabkan penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi. Mulai saat ini, cuba kurangkan gula dan garam. Gunakan penggunaan rempah dan herba jika ingin menambah cita rasa pasa makanan.
5. Banyakkan minum air kosong - Sekali lagi elakkan minuman manis dan bergula. Pihahan sihat ialah air putih kosong yang rendah kalori @ tiada kalori. Air kosong bukan sahaja membantu beri anda rasa kenyang, malah mengurangkan keletihan dan memberi lebih banyak tenaga pada badan.
6. Pengambilan kafein dan alkohol - anda diet atau tidak, pengambilan kafein tidak boleh lebih 400mg sehari. Alkohol pula memang haram bagi umat islam. Untuk makan/minum dengan lebih baik - Eat Clean, anda boleh pilih teh biasa atau kopi yang rendah gula dan kurang kalori. Air tanpa gula lebih baik ;)
'You are what you eat', ungkapan yang biasa kita dengar tapi sukar dihadam dengan baik. Cuba fikir!! Jika anda makan makanan sihat, tubuh anda akan sihat. Jika anda sendiri memilih untuk makan makanan tidak sihat, anda sendiri terdedah dengan risiko pelbagai penyakit.
Jom terapkan gaya hidup makan makanan yang lebih sihat - Eat Clean untuk menurunkan berat badan. Pastinya bukan tubuh badan sahaja ideal, malah Misi Kurus sebelum Raya tahun ni bukan lagi satu mimpi ;)
Mencari suplemen semulajadi untuk proses turun berat badan yang sesuai dengan anda boleh terus hubungi saya untuk konsultasi ya.
Konsultasi PERCUMA Seumur Hidup!
Hubungi saya:
Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Pengedar Shaklee Penang
COD Shaklee Penang Island
FB : Sharifah Zawiyah
FanPage :MamaZiqry Vita Shoppe
Emel: sharifahzawiyah@yahoo.com
Call / Sms / WhatApp: 0 1 3 – 4 3
3 3 6 5 2
0 comments:
Post a Comment