Berdebar menanti kedatangan bulan Ramadhan lagi 3 hari je kan. In shaa Allah puasa tahun ini sekali lagi diberi peluang untuk merasai pengalaman menyusukan anak ketika berpuasa untuk kali yang kedua untuk anak kedua saya, Zeyad.
Teringat 3 tahun dahulu, semasa masih menyusukan Ziqry, sebulan sebelum tibanya Ramadhan saya dah sibuk-sibuk mencari sedikit maklumat berkenaan pengalaman menyusukan anak ketika berpuasa daripada ibu-ibu yang lain. Rata-rata ramai ibu yang berkongsi pengalaman mereka yang dengarnya agak sukar untuk meneruskan perjalanan penyusuan semasa bulan puasa.
Ada ibu yang merasa pedih perut seawal jam 10 pagi dan ada juga yang menggeletar seluruh badan menjelang petang berpuasa. Barulah saya tahu yang sebenarnya ibu yang menyusukan anak ni kena bersedia mental fizikal untuk melakukan 2 ibadah sekaligus iaitu menyusukan anak dan menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan.
Ya..memang betul ada rukhsah yang membolehkan ibu menyusukan anak berbuka puasa, tapi saya lebih suka memilih untuk meneruskan ibadah puasa sambil menyusukan anak.
Oleh kerana masa tu dah kenal dengan suplemen tambahan, atas cadangan rakan-rakan, saya terus bersiap sedia dengan ESP , Performance Drink, dan Multivitamin sebagai persediaan untuk menikmati indahnya pengalaman menyusukan anak ketika berpuasa.
Alhamdulillah syukur pada Allah..pengalaman perit ibu menyusu yang lain tidak saya rasakan sama sekali sepanjang sebulan berpuasa. ESP membantu beri saya rasa kenyang yang lebih lama dan lambat lapar kerana ESP mempunyai glisemik index yang rendah.
Performance Drink (PD) pula merupakan minuman isotonik yang boleh bantu saya mengelakkan dehidrasi. Menyusukan anak akan menyebabkan badan kita kehilangan banyak air, terutamanya semasa berpuasa. Jadi PD ini membantu badan saya kekal hidrat, melambatkan rasa dahaga, sekaligus memberi tenaga.
Multivitamin pilihan saya iaitu Vitalea berupaya membekalkan semua nutrisi penting yang diperlukan oleh badan. Maklumlah waktu makan semasa bulan puasa agak terhad, pengambilan multivitamin bantu mencukupkan nutrisi yang saya tidak dapat ambil melalui sayur atau buah dalam hidangan seharian semasa berpuasa. Multivitamin juga membantu saya kekal cergas semasa berpuasa. Takde lah asyik berbaring je sepanjang hari kan :)
Sedikit perkongsian daripada ibu-ibu lain yang mempunyai pengalaman menyusukan anak ketika berpuasa bersama-sama pengambilan suplemen seperti saya:
pengalaman menyusukan anak ketika berpuasa 1
pengalaman menyusukan anak ketika berpuasa 2
pengalaman menyusukan anak ketika berpuasa 3
pengalaman menyusukan anak ketika berpuasa 4
pengalaman menyusukan anak ketika berpuasa 5
Ramadhan tahun ni in shaa Allah masih meneruskan pengambilan suplemen dengan konsisten. Moga Allah permudahkan niat saya untuk menyusukan Zeyad sehingga 2 tahun lebih.
Bagi ibu-ibu yang rasa penat berpuasa sambil menyusukan anak atau risau susu merudum ketika berpuasa, apa kata cuba suplemen yang saya sebutkan tadi. Semoga Allah permudahkan niat ibu-ibu untuk meneruskan perjalanan penyusuan di bulan Ramadhan ini dengan lebih baik dan tenang.
Konsultasi PERCUMA Seumur Hidup!
Hubungi saya:
Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Pengedar Shaklee Penang
COD Shaklee Pulau Pinang
FB : Sharifah Zawiyah
FanPage :MamaZiqry Vita Shoppe
Emel: sharifahzawiyah@yahoo.com
Call / Sms / WhatApp: 0 1 3 – 4 3
3 3 6 5 2
0 comments:
Post a Comment