Assalamualaikum semua..
Wanita dan kecantikan memang tidak
dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi kecantikan pada wajah. Hari-hari mesti belek muka
kan. Namun, jika ada masalah liang pori terbuka dan besar membuatkan ramai
wanita berasa rendah diri.
Biasanya liang pori terbuka dan besar menyebabkan
keadaan muka menjadi kusam dan kasar, permukaan kulit yang tidak sekata malah
ada juga menyebabkan bintik hitam dan masalah jerawat dan jeragat.
Tapi tapi dan tapi...ada 5 cara semulajadi dan terbaik mengecilkan liang pori di muka. Nak tahu tak?
Jom ketahui apa penyebab liang pori terbuka dan besar??
Punca liang pori terbuka dan besar
- Amalan gaya hidup yang sering terdedah kepada matahari secara berlebihan menyebabkan kulit mudah rosak, kendur, melemahkan struktur liang roma
- Penjagaan kulit yang tidak sihat seperti tidak mencuci muka dengan betul dan kerap memicit jerawat
- Genetik yang diwarisi ibu bapa
- Mengamalkan diet yang tidak sihat dan pengambilan gula berlebihan
- Perubahan hormon akibat menopaus dan semasa hamil
5 Cara Semulajadi dan Terbaik Mengecilkan Liang Pori di Muka
1.0 Putih Telur
Putih telur mampu mengecilkan liang
pori. Caranya mudah, ambil putih telur yang telah diasingkan daripada kuning
dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan menggunakan
air sejuk.
2.0 Ais
Jangan tak percaya, ais juga mampu
untuk mengecilkan liang pori yang besar dan terbuka tau.
Ambil ais yang telah dipecahkan (kecil) atau kiub-kiub ais dan balutkan dengan
menggunakan kain. Kemudian, gosokan kain tadi di sekeliling wajah. Lakukan pada
setiap malam sebelum tidur. Ia juga membantu menghaluskan kulit muka tau. Lihat kesannya dalam masa 1-2 minggu ok.
3.0 Tomato
Tomato juga boleh membantu mengecilkan liang
pori di Muka. Sapukan jus tomato yang telah dikisar pada muka dan biarkan
selama 15-20 minit. Bilas dengan air sejuk. Tomato ni bukan sahaja membantu
mengecilkan liang pori yang terbuka, malah membantu mengatasi masalah parut di
muka dan menghaluskan lagi wajah.
Cara lain yang lebih senang bagi saya, boleh kisar beberapa biji
tomato sekaligus tanpa sebarang tambahan air dan simpan dalam peti sejuk beku, jadikan kiub ais. Amalkan penggunaan kiub ais tomato ni setiap kali
selepas mencuci muka ya. Lihat hasilnya selepas 2minggu ;) Kredit: #cikgumary
4.0 Lemon
Lemon mempunyai ciri-ciri astringen
iaitu sejenis zat yang mampu mengecutkan kulit wajah yang mempunyai liang roma
yang terbuka. Selain membantu mengecilkan liang roma, ia juga membantu
menegangkan kulit dan mengatasi masalah bintik-bintik hitam pada wajah.
Senang je, ambil jus lemon yang
telah dikisar atau perahan air lemon yang telah dihiris, kemudian sapukan pada
muka anda. Biarkan selama 20 minit kemudian bilas menggunakan air sejuk.
5.0 Produk semulajadi Shaklee
4 rangkaian produk semulajadi yang
telah membantu mengecilkan liang pori terbuka dan menghasilkan kulit lebih
licin dan gebu.
Vitamin C merupakan antioksidan yang
dikenali untuk membantu merawat dan mencegah jerawat. Bagus untuk mengurangkan
kecacatan di liang pori dengan berkesan!
Vitamin E Shaklee mengandungi 10 mg
selenium semulajadi untuk membantu penyerapan Vitamin E dengan lebih baik serta
mengandungi grape seed extract yang kaya dengan antioksidan bagi membantu
mengetatkan liang pori.
ESP Shaklee bagus untuk kulit kerana ia
merupakan 'makanan' kepada sel. Sel yang sihat menghasilkan kulit yang cantik!
Kebaikan Collagen Powder Shaklee yang ingin kulit gebu tanpa noda dengan pantas.
Testimoni Pengguna - Mengecilkan Liang Pori
Apakata mereka yang telah menggunakan produk semulajadi Shaklee:
Seronok dan teruja nak kecilkan
liang pori di wajah anda? Jom mulakan hari ini. Usah berlenggah. Nanti lambat
cantik katanya.. ;)
Nak kecilkan liang pori wajah dengan produk semulajadi Shaklee, boleh terus cari saya ya.
Salam sayang,
Sharifah Zawiyah
Hubungi saya untuk konsultasi
berkaitan produk Shaklee:
Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Pengedar Shaklee Penang
COD Shaklee Pulau Pinang
FB : Sharifah Zawiyah
FanPage :MamaZiqry Vita Shoppe
Emel: sharifahzawiyah@yahoo.com
Call / Sms / WhatApp: 0 1 3 – 4 3
3 3 6 5 2
0 comments:
Post a Comment