Assalamualaikum.
Sejak viral dalam fb, dah lama teringin nak berhenti tengok tempat ni macam mana. Sebab lokasi ladang ternakan kelulut ori ni betul-betul tepi jalan laluan pergi balik kampung suami, tapi tak pernah singgah pun.
Jadi, balik beraya baru ni beriya la nak pergi jugak tempat cantik ni. Dah alang-alang jalan beraya..kikiki. comel je kedainya ;) Memang kedai ni ada jual produk madu kelulut. Ada juga jual hasil tempatan macam kerepek-kerepek dan kuih kering sikit-sikit...motif utama kami berhenti situ nak bergambar je. hihi..
Bersebelahan kedai ada buat taman kecik untuk ternakan lebah kelulut kat situ. Dekorasi taman memang menarik minat kami. Patutlah dalam gambar yang orang lain share cantik-cantik..taman dia macam ala-ala fantasi sikitt. Berwarna warni...
Dan kebanyakan yang singgah situ pun nak bergambar okeh..hahah.. siap ada pasangan pengantin ambil gambar lagi masa kami singgah tau :D
Oleh kerana mama berjalan dengan adik Zeyad, so banyaak gambar adik zeyad je dalam ni. Papa nye menghilang layan kerenah Abang Ziqry ;)
Rumah lebah kelulut kat situ..Cantik kan
Comel je kartun ni..jangan tanya ape tu ye..kami tak tahu.haha..
Adik Zeyad excited tengok kipas tu berpusing-pusing ;)
Mama biar keterujaan adik Zeyad teroka taman ni. hehe..
Nasib baik ada jugak gambar family untuk kenangan bergambar kat sini.. ;)
Kedai ni terletak Kilometer 8.4, Kampung Padang Lalang, Alor Janggus. Ada papan tanda Ladang ternakan Kelulut Ori tu betul lah..
Betul-betul tepi jalan Perlis - Alor Star. Boleh lah singgah kalau lalu ikut situ. Boleh cuci-cuci mata dan ambik gambar macam kami..hehe. In shaa Allah anak-anak mesti suka. Tempatnya kecik je, so mama papa tak perlu risau sangat kalau terpaksa kejar anak yang sedang aktif menerokai tempat baru.
Salam sayang,
Sahrifah Zawiyah
Saturday, August 06, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment