Thursday, August 04, 2016

Tips Meningkatkan Kesuburan Lelaki

  No comments    
categories: 
Assalamualikum semua..

Kesukaran untuk hamil seringkali dilihat menjadi kesalahan terhadap wanita. Seolah-olah hanya wanita yang mempunyai masalah kesuburan. Namun hakikatnya tanggungjawab ini terletak pada bahu lelaki dan wanita, bukan hanya sebelah pihak sahaja.


Jadi, para suami dan juga isteri perlu duduk berdiskusi bersama dan lebih terbuka untuk membincangkan masalah ini ya. Moga tips meningkatkan kesuburan lelaki ini sedikit sebanyak dapat membantu usaha anda suami isteri untuk memiliki zuriat sendiri.

Terdapat tiga masalah utama kesuburan lelaki iaitu masalah hormon, sperma dan alat sulit itu sendiri. 

Sekiranya ketiga-tiga punca ini tiada masalah, bermakna tahap kesuburan sang suami adalah normal. Sperma yang sihat, hormon yang stabil dan alat sulit yang normal akan meningkatkan peluang kehamilan sang isteri. Jangan lupa, gaya hidup yang sihat juga mempengaruhi kualiti sperma.


FAKTOR KETIDAKSUBURAN LELAKI
  • Pra testikular - ianya disebabkan gangguan hormon. Testis normal tetapi bermasalah untuk terangsang ataupun mempunyai masalah untuk menghasilkan sperma yang berkualiti
  • Testikular - testis mengalami kerosakan sel dan menyebabkan testis tidak dapat menghasilkan sperma yang sihat
  • Post testikular - sperma yang dihasilkan normal tetapi kerap kali menghadapi masalah ejakulasi

TIPS MENINGKATKATKAN KESUBURAN LELAKI
  • Amalkan seks yang sihat. Jangan bertukar-tukar pasangan yang tidak sah
  • Amalkan diet pemakanan yang sihat dan seimbang. Lebihkan pengambilan buah dan sayuran kerana antioksidan penting untuk menjaga tahap kesuburan
  • Kekalkan berat badan yang ideal. Obesiti dilihat sebagai antara punca ketidaksuburan kerana penghasilan sperma yang tidak berkualiti, tidak aktif dan sedikit.
  • Elakkan dari tekanan melampau. Pastikan jiwa anda tenang selalu.
 
  • Amalkan tidur yang mencukupi. Rehat yang kurang akan menjejaskan fungsi daya seksual dan penghasilan sperma yang tidak berkualiti
  • Banyakkan melakukan aktiviti ataupun pergerakan. Mungkin boleh melibatkan diri dalam aktiviti sukan atau aktiviti yang mengeluarkan peluh sekurang-kurangnya 30min sehari
  • Pakai seluar/seluar dalam yang longgar
  • Berhenti merokok dan meminum minuman keras

Kita hanya merancang, Allah jua yang mengizinkan. Banyak-banyak tips meningkatkan kesuburan lelaki, jangan lupa Doa dan Tawakkal kepada Allah kerana hanya Dia yang mengetahui waktu terbaik untuk kita mempunyai zuriat sendiri. Yang penting, teruskan usaha dan ikhtiar ya ;)

Salam sayang,
Sharifah Zawiyah.

Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:

Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Pengedar Shaklee Penang
COD Shaklee Pulau Pinang
Emel: sharifahzawiyah@yahoo.com
Call / Sms / WhatApp: 0 1 3 – 4 3 3 3 6 5 2

0 comments:

Post a Comment