Alhamdulillah..Sekarang ramai ibu-ibu yang sedar akan kepentingan susu ibu untuk bayi mereka. Semakin ramai yang simpan niat ingin menyusukan bayi sehingga mencapai umur 2 tahun dan lebih.
Namun, menyusukan bayi juga perlukan ilmu ya. Saat ibu mengambil keputusan untuk menyusukan bayi secara eksklusif, semua ibu perlu tahu cara penyimpanan susu ibu dengan betul.
Ini kerana susu ibu mengandungi sel hidup. Jadi, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah.
Di bawah merupakan contoh gambar yang memudahkan anda untuk lebih memahami tempoh masa yang selamat dan cara penyimpanan susu ibu (EBM).
Sebagai ringkasan, gambar menunjukkan bahawa susu ibu yang disimpan dalam:
- Peti sejuk bahagian bawah – susu tahan 3-5 hari bergantung pada suhu peti ais tersebut
- Peti sejuk bahagian atas / sejuk beku – susu tahan 3 bulan
- Deep Freezer – susu tahan 6 bulan
- Pada suhu bilik – susu tahan 4 jam
- Cooler Bag / Box – susu tahan 12-24 jam
Namun begitu, ada sedikit perbezaan jika anda menyimpan susu bagi peti ais satu pintu dan peti ais 2 pintu. Dan ibu yang mempunyai bayi pra matang, ada sedikit perhatian yang perlu ibu berikan.
Cara Menyahsejukbeku Susu
- Turunkan susu perahan yang telah disejukbeku ke peti sejuk bawah pada sebelah malam.
- Bila bayi nak minum keesokan harinya, rendamkan susu tersebut ke dalam air panas suam(pastikan air tidak terlalu panas kerana ianya akan merosakkan nutrien dan antibodi yang terdapat di dalam susu ibu)
- Goyangkan susu tersebut secara perlahan untuk memberi suhu sekata pada susu dan rasa dahulu suhu susu sebelum memberikan terus pada bayi
- Jika bayi anda dijaga oleh pengasuh, seeloknya sediakan ‘warmer’ bagi memudahkan pengasuh memanaskan susu anda.
Panduan asas penyimpanan susu ibu:
- Pastikan bekas penyimpanan susu ibu bersih. Basuh dengan menggunakan sabun, bilas dengan air didih dan keringkan dengan sempurna sebelum ia digunakan
- Tarikh perahan susu ibu perlu ditulis pada bekas susu sebelum menyimpannya
- Sebaiknya, susu disimpan dalam kuantiti sedikit atau mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas bagi mengelakkan pembaziran, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
- Sebelum susu dibekukan, sebaiknya ia perlu disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian peti sejuk beku.
- Elakkan untuk menyimpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk. Ini kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk membuatkan suhu di bahagian pintu tidak stabil.
- Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
- Pastikan Ice pack cukup jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag). Ganti ice pack jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk
Info tambahan - Cara Penyimpanan Susu Ibu (EBM)
Simpan susu yang diperah di pejabat ke dalam peti sejuk (jika ada). Gunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk membawa pulang susu perahan ke rumah. Pastikan susu perahan kekal sejuk walaupun jarak rumah dan pejabat hanya 10 minit.
Setibanya di rumah, pindahkan susu perahan ke dalam peti sejuk sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer).
Ibu tidak digalakkan untuk membekukan susu semasa di pejabat ya. Ini kerana susu beku lebih sukar untuk diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).
Perlu tahu, susu beku yang sudah mencair (walaupun sedikit) tidak boleh lagi dibekukan semula. Ianya perlu disimpan di bahagian bawah (bahagian peti sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.
Susu perahan untuk stok beberapa hari adalah lebih baik jika disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer). Namun sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian peti sejuk beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.
Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu, ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.
Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.
Semoga artikel ini dapat memberi manfaat buat semua ibu-ibu yang ingin menjayakan perjalanan penyusuan bayi selama 2 tahun. Saya doakan urusan ibu dipermudahkan. ;)
Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:
Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Pengedar Shaklee Penang
Pengedar Shaklee Ipoh, Perak
COD Shaklee Pulau Pinang
FB : Sharifah Zawiyah
FanPage :MamaZiqry Vita Shoppe
Emel: sharifahzawiyah@yahoo.com
Call / Sms / WhatApp: 0 1 3 – 4 3 3 3 6 5 2
0 comments:
Post a Comment