Tuesday, November 08, 2016

Pandan Puding Roti dengan Sos Kastard

  No comments    
categories: ,
Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsi resepi pulak. Alkisahnya, semalam teringin nak makan yang manis-manis. Fikir punya fikir, buat puding roti je la. Bab makan punya pasal, gagah mama ziqry buat tau :D


Oleh kerana selalu kalau nak buat kena guna mr.gugel, jadi senangkan diri sendiri, hari ni nak share je kat sini resepi Pandan puding roti dengan sos kastard. Senang nak buat next time, rujuk blog sendiri je ;)


Pandan Puding Roti dengan Sos Kastard

Bahan-bahan yang diperlukan untuk puding:


  • 8 keping roti
  • 2 cwn low fat milk*
  • 2 biji telur*
  • 4 sudu besar gula halus*
  • 2 helai daun pandan*
  • 1 tutup asen vanilla/asen pandan*
  • Sedikit kismis
  • Pewarna hijau

Bahan-bahan yang diperlukan untuk sos kastard:

  • 2 sudu tepung kastard
  • 1/4 cwn air
  • 1 cwn low fat milk
  • 3 sudu gula halus
  • 1tutup asen vanilla

Cara buat puding:

  1. Satukan bahan yang bertanda dan kisar sampai sebati sahaja (tak perlu lama). 
  2. Tapis dan masukkan ke dalam bekas lalu titskan beberapa titik pewarna hijau dan kacau sebati.
  3. Potong roti kepada empat bahagian dan masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan marjerin.
  4. Tuang bahan yang telah dikisar dan ditapis tadi, dan biarkan roti terendam seketika.
  5. Tabur kismis di bahagian atas, dan bakar pada suhu 170'c selama 40minit api atas bwh (bergntung pada oven masing-masing ye).

Cara buat Sos kastard:


  1. Satukan bahan-bahan sos kastard ke dalam periuk.
  2. Kacau sehingga rata. Kemudian, masak dengan menggunakan api yang sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
  3. Tutup api dan biarkan sos kastard sejuk.
  4. Boleh tuang sos kastard ke atas puding roti masa nak makan ya.
Saya dah cuba semalam. memang sedap. Tak manis sangat, sedaang-sedang je. Anak-anak pun alhamdulillah suka.





Selamat mencuba!

Sumber: Fb Sally Mally


Kami ialah Pengedar Sah Shaklee di Farlim, Ayer Itam, Pulau PinangPenghantaran produk Shaklee menggunakan kurier/Poslaju ke seluruh Malaysia. Untuk order produkdaftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

Call/Sms/WhatsApp: 013 – 433 3652
Emel: mamaziqryvitashoppe@gmail.com
Add FB : Sharifah Zawiyah
Follow FB Page: MamaZiqry Vita Shoppe
Daftar Keahlian Shaklee di 'Join Now' sekarang & Nikmati penjimatan sehingga 20%


Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

0 comments:

Post a Comment