Thursday, December 08, 2016

Kecederaan Ligamen Lutut

Ligamen merupakan penyambung di antara tulang dengan tulang dan menyokong sendi. Ia mengandungi protein yang dikenali sebagai collagen. Collagen ini memang dihasikan oleh tubuh kita, tapi semakin berkurangan seiring dengan usia kita.




Individu yang menigkat usia 25 tahun dan ke atas mula mengalami kekurangan Collagen dalam badan. Disebabkan itulah bila usia meningkat, kulit mula kelihatan kedut, rambut makin banyak gugur, jeragat hitam mula kelihatan, dan tak kurang juga ada yang mengalami sakit sendi dan lutut. Banyakkan peranan collagen terhadap tubuh badan kita.

Bagitu juga peranan Collagen di dalam ligamen, ia memberi kekuatan kepada ligamen. Ligamen yang normal mengandungi 99% collagen, dan 1% sel fibrosit, iaitu sel yang menghasilkan collagen itu sendiri.
Namun ada juga individu yang mengalami kecederaan ligamen lutut yang berpunca daripada pergerakan memusingkan badan secara tiba-tiba dan perlanggaran fizikal. Ia selalunya berlaku pada individu yang kuat bersukan ataupun kecederaan mungkin berlaku di tempat kerja atau kemalangan jalan raya.


Apabila terdapat kecederaan ligamen lutut, tanda-tanda awal yang mungkin anda rasai adalah seperti bunyi 'POP' pada lutut semasa berlaku kecederaan, ada kemungkinan lutut terkeluar daripada tempat asal dan mula membengkak selepas beberapa jam kecederaan berlaku.

Tanda lain, anda akan mengalami rasa sakit apabila meletakkan bebanan pada kaki yang cedera. Bagi anda yang mengalami kecederaan ringan, mungkin anda hanya berasa lutut anda tidak stabil atau lemah ketika menggunakannya.




Jika keadaan ini berlaku, tinggikan kaki melebihi ketiggian jantung ketika berehat, letak ais pada lutut yang sakit bagi melegakan bengkak, dan gunakan tongkat semasa berjalan sehingga sakit dan bengkak berkurangan. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya. 

Biasanya doktor akan membuat ujian MRI untuk mengesahkan keadaan kecederaan ligamen lutut anda. Fisioterapi membantu untuk memperbaiki pergerakan sendi dan kekuatan kaki. Pilihan lain adalah dengan melakukan pembedahan untuk pembinaan semula ligamen yang koyak/putus.

Ada individu yang mampu untuk meneruskan hidup seperti biasa dengan kecederaan ligamen lutut yang terkoyak dan mula sembuh dalam beberapa bulan berehat. Namun ada juga yang mengadu lutut mereka tidak stabil dan tak 'memberi kerjasama' ketika melakukan aktiviti fizikal. 

Jika kecedeeran ligamen lutut yang terkoyak tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kecederaan yang lebih parah. Ligamen tidak akan sembuh semula melainkan ia dibina semula menggunakan tendon atau ligamen untuk menggantikan ligamen yang koyak.

Cara yang paling mudah dan selamat adalah dengan makan Collagen Shaklee untuk bantu pembinaan semula ligamen sebab 99% ligamen terdiri daripada collagen yang menyokong kekuatan sendi ;)

Salam sayang,
Sharifah Zawiyah @ mamaZiqry

1 comment: